Thursday, November 12, 2009

30 Tanda Jatuh Cinta....

Penyakit cinta membawa pelbagai simtom yang sukar dijelaskan. Rasa jatuh cinta sukar digambarkan mahu pun diucapkan dengan kata-kata. Siapa yang jatuh cinta akan sentiasa diusik perasaan. Semua menjadi indah dan membahagiakan.

Namun mengalami cinta umpama bermain api. Jika tahu mengendalikannya, selamat diri. Jika tidak, terbakar hangus dan merana diri. Remaja dan belia bahkan yang sudah berumahtangga pun akan mengalami cinta. Semuanya kerana cinta tidak mengenal usia dan latar belakang.

Cinta boleh terjadi bila-bila masa. Jadi bagaimana mengenali bila dan bagaimana seseorang itu dihinggapi rasa cinta? Cuba semak 30 tanda jatuh cinta di bawah ini supaya dapat melengkapi diri sebelum menghadapi atau menangkisnya.

Terpulang sama ada mahu teruskan pemburuan cinta, mengalami percintaan atau menghindari cinta. Asalkan anda bahagia.

1. Sukar melelapkan mata. Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.

2. Perasaan sentiasa berdebar. Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia di jalan. Malah anda jadi kelam kabut dan menggeabah apabila dia menghampiri anda.

3. Suka ambil tahu. Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia dari kawan-kawannya.

4. Resah gelisah. Hati anda merasa resah dan gelisah bila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya.

5. Dihinggapi cemburu. Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawanya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri.

6. Hobi baru, termenung. Bila tidak melakukan sesuatu, anda segera termenung. Fikiran anda jauh melayang dan pancaindera anda tertutup untuk menyedari hal-hal yang berlaku di sekeliling anda. Di mata anda terbayang-bayang wajah si dia dan anda berada di sampingnya.

7. Dating. Ada sahaja alasan anda ajukan kepadanya untuk berjumpa. Kemudian secara terang, anda tawarkan keluar bersama. Kesempatan yang terluang atau di hari cuti pasti anda habiskan untuk dating. Kadang-kadang anda buat temujanji lagi di waktu malam sekalipun baru petang tadi anda berdua sudah berjalan-jalan.

8. Rindu. Anda tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa dan melihat wajahnya.

9. Bergayut di telefon. Sekalipun bayaran telefon mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia. Anda tidak peduli kalau bil meningkat atau perlu beli kad telefon banyak-banyak. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu. Lagipun anda baru lena tidur setelah mendengar suara si dia.

10. Berubah citarasa. Kehadiran si dia berjaya mengubah citarasa anda tentang pelbagai perkara. Sejak kebelakangan ini, anda lebih berminat untuk menghayati senikata lagu-lagu berirama sentimental yang bertemakan percintaan. Sebelum ini anda lebih gemar mendengar irama rock, heavy metal dan hip hop.

11. Memberi hadiah. Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh. Anda peka dengan perkembangan semasanya supaya dapat dijadikan alasan untuk memberikan hadiah. Malah, tiap bulan anda memberikannya hadiah sekalipun harus berbelanja besar. Yang pasti, anda akan memberikan hadiah yang paling istimewa di hari lahirnya nanti.

12. Awal ke tempat kerja. Sejak menaruh minat kepadanya, anda lebih bersemangat untuk datang ke pejabat malah datang lebih awal lagi. Anda harapkan ada peluang anda berbual berdua dengannya atau sarapan pagi bersama di kantin.

13. Lebih rajin. Prestasi kerja anda semakin men ingkat jika dibandingkan sebelum ini. Anda jadi lebih semangat, kreatif dan berfikiran positif. Perkembangan anda yang membanggakan itu disenangi kawan-kawan dan majikan.

14. Menjaga penampilan. Penampilan anda tidak lagi ringkas dan sederhana. Meskipun anda lelaki, anda akan mengunjungi salon kecantikan untuk potongan rambut yang bergaya dan rawatan muka. Pakaian anda berubah corak menjadi lebih menjurus kepada fesyen mutakhir. Wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempersona. Dari rambut ke hujung kaki anda cantik menawan dan segak bergaya.

15. Defensif. Maknanya anda melakukan pembelaan. Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan. Ada masanya percakapan mereka itu ada kebenarannya, tetapi anda tetap bersikap defensif.

16. Merajuk. Sedikit salah, sedikit silap anda lekas merajuk. Anda sanggup tidak makan tengahari atau tidak menegur sapa selagi si dia tidak menegur dan meminta maaf. Anda juga terus merajuk sehingga dia berkali-kali memujuk.

17. Mudah bersalah sangka. Anda mudah merasa hampa lalu kecewa jika kemahuan atau permintaan anda tidak dipenuhi. Misalnya si dia tidak hadir temujanji, anda sangka dia mungkir janji. Anda anggap dia tidak memberi perhatian dan tidak mempunyai perasaan.

18. Sentiasa kata ‘Ya’. Apa pun katanya, pendapatnya dan permintaannya, anda jawab dengan ‘Ya’. Anda sentiasa akur dan menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi.

19. Sanggup berkorban. Untuk si dia sanggup bersusah payah melakukannya semuanya. Dengan rela hati anda jadi pemandu peribadinya, jadi orang suruhan, meluangkan diri anda untuknya di hari cuti dan memenuhi setiap permintaannya.

20. Jadi orang lain. Tiba-tiba anda jadi pelakon yang terbaik kerana mahu memenuhi cirri-ciri peribadi yang menjadi idaman si dia. Di depannya anda seorang romantik dan berlemah lembut sekaipun kenyataannya anda seorang yang kasar dan mudah marah. Demi si dia, anda sanggup berubah menjadi orang lain.

21. Prihatin. Anda bukan hanya ambil tahu malah sentiasa menghulurkan tangan membantu. Anda akan pastikan si dia tidak mengalami sebarang masalah dalam kehidupan sehariannya dan menjamin kebajikan dan keselamatannya.

22. Berkhayal. Potret wajah si dia jadi teman setia di waktu keseorangan. Ada masanya anda habiskan masa hanya merenung wajahnya di potret sambil berangan-angan jauh. Berkhayal seperti itu anda rasa bahagia.

23. Inginkan persamaan. Sejak mengenali si dia anda berusaha mengikuti kegemaran dan citarasa untuk mempamerkan anda meminatnya. Anda akan mengemari filem dan lagu Hindustan, masakn barat dan meniru setiap tingkah lakunya. Anda mahukan wujud persamaan anda dengan si dia.

24. Sumber ilham. Kata-katanya menjadi pendorong semangat. Anda sedari bahawa anda mempunyai kemampuan untuk melangkah jauh dan mengejar cita-cita anda. Rupanya anda ada kelebihan tersendiri yang baru anda sedari. Si dialah yang membuka minda anda. Dialah sumber ilham anda.

25. Pasang impian. Anda sering termenung membayangkan impian masa depan anda bersama dia. Selalu berdua ke mana sahaja, lalu mendirikan rumahtangga, mempunyai sejumlah anak yang comel dan tinggal dalam sebuah rumah idaman bersama. Anda dan dia sama-sama susah dan senang dalam menjayakan cita-cita sekeluarga.

26. Suka memuji. Dari pendiam anda jadi seorang yang ramah mesra dan suka memuji. Anda peka dengan penampilan si dia dan lekas memberikan pujian dan sanjungan. Hati anda rasa berbunga-bunga dapat memuji dan apalagi kalau dia merasa bangga dan senang hati oleh puji-pujian anda.

27. Mulut manis. Anda hanya berkata hal-hal yang baik sahaja ketika bersamanya. Anda akan bersetuju dan mendukung percakapannya sekaipun tidak anda sukai. Tujuannya kerana anda tidak mahu menyinggung perasaan. Tambahan anda tidak mahu menjejaskan perhubungan yang baru berputik itu.

28. Tanda ingatan. Anda memberikan sesuatu yang istimewa seba gai tanda ingatan. Jika buku diberikan, anda akan tulis sedikit kata-kata di dalamnya sebagai renungan atau kenangan. Di hari raya anda hulurkan kad raya atau kad ucap selamat di hari lahirnya. Sekalipun tidak berterus-terang, dari kata-kata yang tercoret di dalam buku dan kad dapat mencerminkan luahan isi hati anda terhadapnya.

29. Inginkan perhatian. Anda selalu mengharapkan si dia memberikan perhatian dan mahu meluangkan masa bersama anda. Walaupun anda tidak mahu menyusahkan si dia, namun sedikit perhatian yang diberikannya sudah cukup menggembirakan hati dan anda hargai.

30. Bertekad memilikinya. Secara drastik, anda berhasrat untuk memilikinya. Apapun keadaan dirinya, anda pasrah dan menerima. Anda ingin selalu di sampingnya, menjadi teman hidupnya sehidup semati.

Tuesday, June 2, 2009

Unheard of My Last Words


As I stare at the ceiling when sitting at home
Wishing I had someone to talk to but I’m alone.
Nobody can hear me when I cry
And nobody hears my distant call.

I don’t understand what has happened to me,
Why do I feel so lost and empty?
I feel like a tool, a machine, with no soul.
There’s something missing inside for I don’t feel whole.

Will I be lonely for the rest of my life?
Will I ever have kids a house and a husband?
Shall I do the deed and pick up that knife?
Press against myself with a fine slice?
Or reflect on my health and maybe think twice?
Will there be someone to stop me and give advice?

These questions I ask but nobody can hear,
The world would remain when I disappear.
I stumble in self pity and cry my heart out,
Knowing I am not loved without any doubt.

I have heard there is nothing more pathetic than to cry for help
You either do or you don’t want to kill yourself
This makes me pathetic as well as a weirdo,
I guess it is time for me to go

I’ve disappointed my parents and that’s what hurts most.
So now its time to turn into a ghost.
However souls are ghost so I won’t be one,
The only thing I will be is gone.


p/s: I wrote this a few years back.. and each time I read it.., it freaks me out.. =/
It's weird how in the world I would think of suicide'ing'... and moreover, it sounded so cacat..eeheh.. its funny tho' and yet scaaarryy!

Listen


Every step I took...,
is always the step that I made wrong..
it will never satisfy anyone..
why?
I know I'm not perfect...!
no one is..
and so,
why am I being judge and punished by you?



all I need is for you to hear me out..
hear out my inner voice..
my thoughts..
that is all I'm asking for..
nothing else..

if only you could listen..
even just for awhile..
maybe you would understand me better..

Monday, June 1, 2009

Hanya Aku!!


Pedih...

Hati ini pedih

Tapi tiada siapa yang tahu..


Benci...

Hati ini benci

Tapi tiada siapa yang tahu..


Sedih...

Hati ini sedih

Tapi tiada siapa yang tahu..


Haruskah aku ungkapkan dengan kata-kata?

Atau haruskah aku nyatakan dengan expresiku?

Agar kau tau hati ini terluka

Bahawa hati ini pedih, benci dan sedih..!


Dari dulu hingga kini

Aku hanya ada diriku

Karna tiada siapa yang mendengar kecuali aku

Hanya Aku..!!

Kantoi..!!


Today is the shittest day of my life.. okay laa..., slalo nyer I kluar rumah mesti offline YM and facebook.. well, I dont know today kluar nak rush sgt..., thn terluper... and also I terluper nak lock my lap top.. than when i got home..., my mom muker dah lain macam... so time dinner.., die tk ckp pape.. ok fine..maybe die tk de mood.. than suddenly..., the question pop out!... Siape 'toot'...? i was like what the hell... mane die tau neh.. she started to ask me all those questions.. she said ibu bace all ur msgs kat YM.... i was freakin shock!! dammit!!!!! i forgot to offline!!!! shit!!! and i know what i wrote there....!!! mmg kantoi habis!! uuurrghh!! and time tu jugak she started to ask me... all this all that.... shiiiiiiitttt....!! I trus basuh tgn and naik...without saying anything... im so f***ed up!!


y laaa.., byk2 hari today I forgot to lock my lappy!!! arrghhh!!........................

Harlequin-type ichthyosis Disease


Harlequin-type ichthyosis (also harlequin ichthyosis, ichthyosis congenita, Ichthyosis fetalis, keratosis diffusa fetalis, and Harlequin fetus), a skin disease, is the most severe form of congenital ichthyosis, characterized by a thickening of the keratin layer in fetal human skin. In sufferers of the disease, the skin contains massive, diamond-shaped scales, and tends to have a reddish color. In addition, the eyes, ears, mouth, and other appendages may be abnormally contracted. The scaly keratin greatly limits the child's movement. Because the skin is cracked where normal skin would fold, it is easily pregnable by bacteria and other contaminants, resulting in serious risk of fatal infection.


Sufferers are known as harlequin fetuses, harlequin babies, or harlequins.


The harlequin-type designation comes from both the baby's apparent facial expression and the diamond-shape of the scales (resembling the costume of Arlecchino), which are caused by severe hyperkeratosis. The disease can be diagnosed in the uterus by way of fetal skin biopsy or by morphologic analysis of amniotic fluid cells obtained by amniocentesis. In addition, doctors can now usually recognize common features of the disease through ultrasound, and follow up with 3D ultrasound to diagnose the condition.


The features of sufferers are deformed facially and cranially. The ears may be very poorly developed or absent entirely, as may the nose. The eyelids are severely everted (ectropion), which leaves the eyes and the area around them very susceptible to trauma. They often bleed upon birth. The lips, pulled by the dry skin, are fixed into a wide grimace (eclabium). Arms, feet, and fingers are almost always deformed in such a way that they cannot bend properly, and may be below the normal size. They present hypoplasia in the fingers; therefore, they cannot grab things properly, or they can barely touch them. Polydactyly, a condition in which one has more than the usual number of toes or fingers, has also been found in these infants.


They are extremely susceptible to changes in temperature due to their armor-like skin, which prevents normal heat loss. This can result in hyperthermia. Their respiration is also restricted by the skin, which impedes the chest wall from expanding and drawing in enough air. This can lead to hypoventilation and respiratory failure. Harlequins are often dehydrated, as their plated skin is not well suited to keeping water in.


In the past, the disorder was invariably fatal, whether due to dehydration, infection (sepsis), restricted breathing due to the plating, or other related causes. The most common cause of death was systemic infection and sufferers rarely survived for more than a few days. However, there have been improvements in care, most notably the drug Isotretinoin (Isotrex). Some patients have survived into adolescence and, in very rare cases, lived to adulthood.




Ingat lagi tak video yang baby dilahirkan seperti ular...? and ramai yang ckp video tuh is unreal...?
well...., it is REAL..!! and baby tu adalah salah seorg bayi yg menghidap penyakit ni...